Akaun Twitter menyamar Jakim digantung

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan akaun Twiter yang cuba menyamar sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah digantung, dengan kerjasama pantas penyedia perkhidmatan itu.

-Advertisement-

Akaun menggunakan nama dan lambang jabatan kerajaan itu didapati berniat untuk memuat naik hantaran bersifat menghina agama, serta mengandungi ucapan kebencian.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun palsu sedemikian dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Bernama melaporkan Jakim dimaklumkan tentang kewujudkan akaun “parodi” itu oleh pengguna Twitter. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373