Aksi 16 terakhir: Sepanyol singkir Croatia, Perancis gagal ke suku akhir

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUCHAREST: Switzerland berjaya menyingkirkan juara dunia, Perancis menerusi penentuan penalti selepas menang 5-4 dalam saingan Euro 2020 sebentar tadi.

-Advertisement-

Penjaga gol Yann Sommer menafikan penalti penyerang Perancis Kylian Mbappe, selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti penting itu.

Ia sekali gus menyaksikan pasukan kendalian Vladimir Petkovic itu bakal mara ke kelompok lapan terakhir bertemu Sepanyol.

Kedua-dua pasukan itu terikat 3-3 pada masa sebenar.

-Advertisement-

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan di Copanhagen, Sepanyol menempah tiket ke suku akhir selepas menang 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken.

Pasukan kendalian Luis Enrique dilihat mensia-siakan peluang pada minit terakhir masa sebenar, namun jaringan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal pada tambahan masa setengah jam menyempurnakan kemenangan epik itu.

Ia bakal menemui Switzerland di Saint Petersburg, Russia awal pagi Sabtu (waktu Malaysia).-FMT