Amaran cuaca peringkat waspada di pantai timur bermula esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning bagi hampir keseluruhan kawasan di Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang berikutan luruan angin timur di rantau negara bermula esok yang dijangka boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan.

-Advertisement-

Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata kawasan yang terlibat di Pahang ialah Daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Berikutan luruan angin itu, angin kencang dengan kelajuan antara 40 sehingga 50 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri terbabit dan amaran cuaca tersebut dikeluarkan berkuatkuasa dari 25 hingga 27 Nov (Rabu) ini.

-Advertisement-

Selain itu, kenaikan paras air laut turut dijangka berlaku berikutan daripada kejadian air pasang dalam tempoh tersebut. Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan, berikutan keadaan cuaca buruk di Pantai Timur dijangka semakin berkurangan, amaran cuaca buruk peringkat jingga yang dikeluarkan pada 2 petang, 22 Nov lalu untuk Terengganu (Daerah Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) diturun taraf kepada amaran waspada peringkat kuning, manakala untuk Johor ditamatkan.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279