Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk, pagi ini, membabitkan beberapa daerah di Pahang dan Johor, hingga Ahad ini.

-Advertisement-

Amaran itu boleh menyebabkan keadaan banjir di dua negeri itu lambat untuk surut.

METMalaysia melaporkan, hujan lebat pada tahap itu dijangka di Rompin, Pahang; Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, Johor.

Selain itu, hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Pekan, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga tempoh sama.

-Advertisement-

Perkara itu dimaklumkan METMalaysia melalui laman X.

Pada masa sama, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak.

Ia membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427