PUTRAJAYA 9 Oktober 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan akhir menjelang pembentangan Belanjawan 2027 di Kompleks Kementerian Kewangan (MoF), Putrajaya, petang tadi.
Lawatan tersebut merupakan tradisi tahunan kementerian bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar, selain memberi ruang kepada Perdana Menteri menyantuni petugas yang terlibat dalam penyediaan belanjawan negara.
Dalam kunjungan itu, Anwar turut menandatangani dokumen berkaitan Belanjawan 2027 serta beramah mesra dengan para petugas sebagai penghargaan terhadap komitmen dan usaha mereka menjayakan persiapan berkenaan.
-Advertisement-
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong; serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, bersama pegawai-pegawai MoF.
Lawatan tersebut mencerminkan usaha memastikan penyelarasan dan kesiapsiagaan kementerian berada pada tahap yang diperlukan menjelang pembentangan Belanjawan 2027 – The Capital Post