KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk meluangkan masa bertemu waris mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.
Ketibaan beliau pada jam 12.55 tengah hari disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau turut dibawa ke khemah yang menempatkan waris mangsa nahas untuk menziarahi mereka sebelum mengadakan sidang akhbar bersama pertugas media.
-Advertisement-
– Berita Harian