Arteta lega Arsenal ‘bina momentum’

Estimate Reading Time: < 1 minute

NOTTINGHAM, England: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata pasukannya membina momentum dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas Gunners menewaskan Nottingham Forest 2-1 awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga kedua dalam carta liga.

-Advertisement-

Gabriel Jesus dan Bukayo Saka menemui sasaran di City Ground ketika Gunners merapatkan jurang kepada dua mata di belakang Liverpool, yang akan ditemui mereka di Emirates Ahad ini.

Liverpool boleh melebarkan semula kelebihan mereka di puncak sekali lagi apabila mereka melayan kunjungan Chelsea awal pagi esok.

Anak buah Arteta tidak menang di gelanggang lawan sejak awal Disember ketika usaha mereka merebut kejuaraan buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun terencat seketika sepanjang tempoh perayaan Krismas.

Namun mereka menang kedua-dua perlawanan sejak kembali daripada dua minggu rehat musim sejuk.

“Kami perlu menjana beberapa momentum,” kata Arteta. “Kami perlu bersedia dengan baik kerana ia satu perlawanan besar (menentang Liverpool).”

Forest menang semua tiga pertembungan terakhir antara kedua-dua pasukan di City Ground, termasuk kekalahan yang secara matematiknya menamatkan pemburuan kejuaraan Arsenal musim lalu.

-Advertisement-

Namun Nuno Espirito Santo memilih untuk mencuba dan menangani asakan Arsenal dan perancangan permainan Forest berakhir sebaik Jesus memecah kebuntuan 25 minit sebelum tamat.

“Menentang pasukan ini di laman mereka saya sudah lihat banyak pasukan menderita. Saya gembira dengan persembahan serta kemenangan ini,” kata Arteta.

“Kami perlu benar-benar bersabar tetapi hasrat kami adalah untuk menyusahkan mereka sepanjang masa dan kami berjaya melakukannya.”

– AFP

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373