WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (3313) ORDER BY meta_id ASC

AS berkas lelaki Brooklyn yang ikrar taat setia kepada Daesh - Jabatan Kehakiman » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

AS berkas lelaki Brooklyn yang ikrar taat setia kepada Daesh – Jabatan Kehakiman

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON- Pihak berkuasa Amerika Syarikat menahan seorang lelaki dari Brooklyn yang juga penyokong Daesh dan telah mengikrarkan taat setia kepada kumpulan pengganas itu selain memberi arahan mengenai cara membuat bom dan menyerang orang ramai, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik siaran akhbar Jabatan Kehakiman pada Rabu.

-Advertisement-

“Defendan didakwa memberi arahan bagaimana merancang serangan di bumi AS dan menggalakkan penyokong (Daesh) menyerang lokasi yang padat penduduknya,” kata Penolong Peguam Negara bagi Keselamatan Nasional John Demers dalam siaran akhbar itu.

Zachary Clark telah melafazkan taat setia kepada Daesh sebanyak dua kali dan memuat naik sembang pro-Daesh yang disulitkan serta arahan mengenai cara membuat bom selain tindakan pengganas lain yang akan dilakukan di New York, menurut siaran akhbar itu.

Propaganda Clark termasuk menyeru penyokong Daesh melakukan serangan secara sendirian di Bandaraya New York.

-Advertisement-

Clark turut memuat naik manual bertajuk “Knife Attacks” dan “Make a bomb in the kitchen of your Mom” yang membabitkan arahan terperinci mengenai cara-cara membuat bom.

Clark berdepan pertuduhan cuba menyediakan sokongan material kepada Daesh dan menyebarkan maklumat berkaitan bahan letupan, peranti pemusnah serta senjata pemusnah besar-besaran.

Kedua-dua pertuduhan membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC