KUALA LUMPUR 12 Mei 2026 (The Capital Post) – Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Tengah 2026 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mei ini di Muzium Negara dengan pelbagai aktiviti menarik yang menyasarkan penyertaan masyarakat berbilang kaum.
Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu akan menampilkan pelbagai pengisian berteraskan semangat kebersamaan dan perpaduan nasional menerusi aktiviti komuniti, pameran interaktif, pertandingan serta program santai yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Sepanjang sambutan berlangsung, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang mengetengahkan keunikan budaya, warisan dan identiti rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuh hubungan antara kaum.
-Advertisement-
Penganjuran program tersebut juga dilihat sebagai platform penting dalam memupuk semangat toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut yang dijangka menjadi antara acara perpaduan terbesar di Zon Tengah tahun ini. – The Capital Post