MDEC Sertai Forum Infrastruktur Pusat Data

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 12 Mei 2026 (The Capital Post)Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menyertai program U.S.-Malaysia Tech Exchange: Challenges and Opportunities in Data Center Infrastructure yang dianjurkan oleh Embassy of the United States in Kuala Lumpur di JW Marriott Kuala Lumpur pada 30 April lalu.

Program tersebut dirasmikan oleh Chargé d’Affaires Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, David H. Gamble Jr. dan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor kerajaan serta industri bagi membincangkan peluang dan cabaran dalam pembangunan ekosistem pusat data di Malaysia.

Naib Presiden Digital Adoption MDEC, Wan Murdani Wan Mohamad tampil sebagai panel speaker bersama wakil daripada Amazon Web Services dan GE Vernova.

-Advertisement-

Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pandangan strategik berkaitan pembangunan infrastruktur digital mampan, pengukuhan kerjasama ekosistem industri serta usaha mempercepat agenda ekonomi digital negara.

Forum itu turut mendapat penyertaan memberangsangkan daripada pemain industri dan pihak berkepentingan dalam sektor pusat data, mencerminkan peningkatan minat terhadap pembangunan infrastruktur digital Malaysia yang semakin berkembang pesat. – The Capital Post