Balutan di seluruh badan Faisal sudah dibuka

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Pemain sayap Selangor FC (SFC), Faisal Halim boleh ‘bernafas’ semula memandangkan balutan di seluruh tubuh pemain itu sudah dibuka selepas pembedahan kedua, malam tadi.

-Advertisement-

Menerusi perkongsian daripada Ketua Perubatan Sukan SFC, Dr Muhammad Hazwan Khair, beliau memaklumkan kulit di bahagian badan pemain itu menunjukkan perkembangan positif berbanding sebelum ini.

“Bagi bahagian pertama ini, pakar bedah sudah bersihkan bahagian kulit dan cuci lagi.

“Dan kali kedua ini (pembedahan kedua) lebih positif dan sebab itu kita boleh masuk ke peringkat berikutnya (buka balutan),” katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah hospital swasta, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi SFC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sempat meluangkan masa lebih 30 minit untuk menziarahi Faisal yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas selesai pembedahan kedua, malam tadi.

-Advertisement-

Selepas sesi terbabit, Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang ditemui media mengesahkan Faisal semakin menunjukkan perkembangan positif apabila sudah boleh makan dan kini berada dalam keadaan yang bersemangat.

Shahril menyatakan pemain itu betul-betul bersemangat tinggi dan sudah mula memikirkan mengenai bola sepak meskipun sedang bertarung dengan kesakitan.

“Saya difahamkan Faisal sudah boleh makan tetapi diet yang lembut. Dia juga nampak tidak sabar untuk bangun dan melakukan senaman ringan lazim membabitkan bola sepak,” katanya.

-BeritaHarian

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373