Banjir hari keempat di Terengganu, jumlah mangsa semakin berkurangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Gelombang pertama banjir yang memasuki hari keempat menyaksikan jumlah mangsa yang terjejas terus menunjukkan penurunan.

-Advertisement-

Setakat jam 8 pagi ini, seramai 3,581 mangsa daripada 957 keluarga masih berada di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Ketika ini, daerah yang masih terjejas adalah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Besut dan Dungun. Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding seramai 3,619 orang daripada 957 keluarga malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Kuala Nerus masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,598 orang daripada 430 keluarga di 15 PPS.

-Advertisement-

Ia diikuti daerah Kuala Terengganu apabila lima PPS masih aktif bagi menempatkan 956 mangsa daripada 279 keluarga.

Semua yang terjejas ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang, SK Gong Tok Nasek dan SK Rengah Bekah.

Seramai 272 mangsa daripada 60 keluarga masih berlindung di dua PPS di Besut iaitu SK Kuala Besut dan Balai Raya Beris Tok Abu.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di daerah Marang dan Dungun tidak menunjukkan sebarang perubahan berbanding malam tadi.

Di Marang, enam PPS di Marang dibuka bagi menempatkan 732 mangsa daripada 183 keluarga.

Sementara itu, PPS di SK Tok Kah dibuka bagi menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373