PUTRAJAYA, 13 Julai 2026 (The Capital Post) – Jawatankuasa Undang-Undang Sivil dan Reformasi Undang-Undang Majlis Peguam mengemukakan cadangan pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) di Putrajaya.
Cadangan tersebut dibentangkan oleh wakil Jawatankuasa Undang-Undang Sivil dan Reformasi Undang-Undang Majlis Peguam yang diwakili oleh Pengerusi Bersama, Alvin Oh Seong Yew dan Dato’ Sri M Ramachelvam, serta ahli jawatankuasa, Tan Wei Li.
Sesi berkenaan turut dihadiri oleh pasukan penyelidik daripada Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA yang terlibat dalam kajian perbandingan berkaitan sistem pelantikan kehakiman.
-Advertisement-
Pertemuan tersebut menjadi langkah penting dalam memperkukuhkan perbincangan berkaitan reformasi undang-undang serta usaha mempertingkatkan kerangka sistem pelantikan kehakiman negara.
Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Malaysian Bar, sesi libat urus berkenaan mencerminkan usaha berterusan dalam memajukan perbincangan mengenai reformasi undang-undang dan memperkukuhkan rangka kerja pelantikan kehakiman. – The Capital Post.