Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Mulai Akhir Bulan April dan Mei

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 29 Mac 2020 (The Capital Post) – Kementerian Kewangan Malaysia hari ini memberi penjelasan tambahan mengenai perlaksanaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang berjumlah RM10 Billion ringgit yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 lepas.

-Advertisement-

Kementerian Kewangan Malaysia menegaskan bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020 mengikut kelayakan yang telah ditetapkan oleh kementerian tersebut.

Kementerian Kewangan juga menasihatkan kepada pemohon yang belum berdaftar, boleh membuat permohonan baharu mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. – The Capital Post

-Advertisement-


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373