Covid19 : 7 Meninggal, Jumlah Kematian Meningkat 34 Orang, setakat 6pm, 29 Mac 2020

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA, 29 Mac 2020 (The Capital Post) – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan tujuh (7) lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak Covid-19, dalam tempoh 24 jam dan menjadi bilangan kematian tertinggi dalam sehari sehingga kini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 34 orang. Beliau juga turut memaklumkan bahawa sebanyak 150 kes baru direkodkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,470 orang.

Maklumat Terperinci 7 orang yang meninggal setakat 29 Mac 2020

Pesakit 2321 (kematian ke-28)

Perempuan warga Malaysia berusia 91 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 26 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.48 pagi, 28 Mac.

Pesakit 2123 (kematian ke-29)

Perempuan warga Malaysia berusia 64 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’far Negeri Sembilan pada 25 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.15 malam, 28 Mac.

Pesakit 2322 (kematian ke-30)

-Advertisement-

Lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.Beliau dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 27 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1239 (kematian ke-32)

Lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta himpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur.Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1249 (kematian ke-33)

Lelaki warga Malaysia berusia 37 tahun. Mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 11.25 malam, 28 Mac.

Pesakit 787 (kematian ke-34)

Lelaki warga Malaysia berusia 77 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi.Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 10.40 pagi, 29 Mac.