Bekalan ayam mulai pulih

Estimate Reading Time: < 1 minute

SERDANG: Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, mengesahkan bekalan ayam dalam negara sudah mulai pulih.

-Advertisement-

Beliau berkata, ia berdasarkan semakin kurang laporan berhubung krisis bekalan bahan mentah itu yang didengar daripada pihak berkaitan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Laporan yang diterima berkurangan. Ada dengar laporan bekalan kurang dalam beberapa hari ini? Maknanya ia sudah mulai stabil,” katanya kepada pemberita pada Majlis Prapelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Begitupun, Ronald memaklumkan, kerajaan masih mengekalkan larangan eksport ayam, termasuk ke Singapura.

“Bekalan ayam kita mulai stabil tetapi setakat ini, kita masih mengekalkan larangan eksport ayam ke negara itu,” katanya.

-Advertisement-

Pada 23 Mei lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan mulai 1 Jun, sebagai antara lima pendekatan segera jangka pendek dalam usaha mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu.

Perdana Menteri dipetik berkata, tindakan itu diputuskan hasil mesyuarat Kabinet, dan akan berkuat kuasa hingga harga serta pengeluaran ayam tempatan kembali stabil, dengan memberi keutamaan kepada memenuhi keperluan rakyat negara ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373