Tanjung Piai – 10 Nov (The Capital Post) – Rakyat haris memberikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) peluang dan masa untuk memenuhi janji-janjinya kepada rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Menteri Kewangan itu berkata kerajaan juga memerlukan masa untuk melaksanakan pelbagai program yang disediakan untuk faedah semua orang di negara ini.
“Kami berharap rakyat dapat bersabar. Kami telah dipilih oleh rakyat dan kami mempunyai tempoh lima tahun untuk melaksanakannya, tolong memberikan kami masa untuk memenuhi semua janji, “katanya pada program Bicara Kopitiam di dekat Terminal Feri Antarabangsa Kukup di sini hari ini.
Lim berkata adalah penting baginya untuk menjelaskan kepada rakyat kerana sebagai kerajaan baru, PH terpaksa menyelesaikan banyak masalah yang mana ianya diwarisi dari pentadbiran Barisan Nasional.
Beliau berharap rakyat di kawasan Parlimen Tanjung Piai akan terus menyokong PH untuk memastikan semua agenda pembangunan yang telah dirancang oleh Ahli Parlimen Datuk Dr Md Farid Encik Rafik dapat direalisasikan. – The Capital Post