KUALA LUMPUR 27 OGOS 2026 (The Capital Post) – Program Bual Sains MOSTI tampil dengan edisi khas sempena National Innovation and Commercialisation Expo (NICE26), menampilkan barisan pakar serta tokoh industri dalam sesi perkongsian secara langsung berkaitan perkembangan teknologi dan prospek pengkomersialan inovasi negara.
Edisi khas tersebut memberi peluang kepada orang ramai yang tidak dapat hadir secara fizikal ke NICE26 untuk mengikuti perkongsian daripada tokoh industri melalui platform digital. Sesi berkenaan turut membuka ruang kepada penonton untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai perkembangan teknologi baharu serta potensi inovasi tempatan untuk dikembangkan ke pasaran.
Antara tokoh yang tampil berkongsi pandangan ialah Iwan Setiawan, Chief Operating Officer Mcorp dari Indonesia; Marisa Kopec, President Lux Research; Ng Zim Guan, Director dan Founder Formedic Technologies Sdn. Bhd.; Khairul Safwan Ahmad, Co-Founder dan COO Empowered Solutions Sdn. Bhd.; serta Dr. Jasmine Begum, General Manager, Corporate External & Legal Affairs, Microsoft ASEAN.
-Advertisement-
Kehadiran barisan pakar daripada pelbagai sektor itu memperkayakan pengisian NICE26 dengan perspektif industri mengenai peluang pengkomersialan, inovasi dan teknologi yang berpotensi membentuk landskap ekonomi masa hadapan.
Inisiatif Bual Sains MOSTI melalui edisi khas ini turut mencerminkan usaha berterusan kementerian dalam memperluas akses masyarakat terhadap ilmu, perkembangan teknologi dan perkongsian kepakaran, tanpa batasan kehadiran fizikal.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengisian dan perkembangan NICE26 melalui portal rasmi National Innovation and Commercialisation Expo – The Capital Post