Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia pulih daripada kemerosotan minggu lepas untuk dibuka tinggi pagi ini dengan kemunculan kegiatan membeli, didorong oleh sentimen pasaran yang semakin baik.

-Advertisement-

Pada jam 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.54 mata kepada 1,497.14 daripada penutupan Jumaat pada 1,494.6.

Indeks utama dibuka 2.79 mata lebih tinggi pada 1,497.39.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 217 berbalas 181 manakala 273 kaunter tidak berubah, 1,501 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.03, Public Bank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM3.99 dan RM4.46, sementara Tenaga tidak berubah pada RM9.64.

PetChem turun tiga sen kepada RM8.01 dan IHH kerugian enam sen kepada RM5.58.

-Advertisement-

Antara saham aktif, M3 turun 1.5 sen kepada lima sen, MAG tidak berubah pada 19 sen, Datasonic naik 2.5 sen kepada 48.5 sen dan Resintech meningkat 15.5 sen kepada 75 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 32.13 mata kepada 11,005.6, Indeks FBMT 100 meningkat 28.8 mata kepada 10,710.05, FBM 70 mengembang 80.67 mata kepada 14,598.96, Indeks FBM Emas Syariah naik 37 mata kepada 12,086.08, sementara FBM ACE turun 6.43 mata kepada 7,134.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 37.06 mata pada 14,718.52, sementara Indeks Perladangan susut 6.64 mata kepada 6,032.4 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.09 mata kepada 187.11.

Sementara itu, urus niaga saham Pecca Group Bhd dihentikan dari jam 9 pagi hari ini, sementara menunggu pengumuman penting.

– Bernama – BH