WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32395) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka rendah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka rendah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 3 Nov 2022 (The Capital Post): Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dengan kebanyakan indeks berada dalam zon negatif disebabkan sentimen belian yang lebih lemah.

-Advertisement-

Pelabur mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang merosot selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas dan membayangkan kenaikan yang lebih kecil akan menyusul dalam usahanya untuk terus memerangi inflasi.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.96 mata untuk mencatatkan paras 1,446.65 daripada 1,451.61 penutup Rabu.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini pada paras 1,448.32, susut 3.29 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 209 berbalas 77, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 177.37 juta unit bernilai RM47.95 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kerugian 505 mata, Nasdaq merosot sebanyak 366 mata manakala hasil 10 tahun AS meningkat hampir kepada paras 4.1 peratus. .

Bagi bursa tempatan, FBM KLCI melantun melebihi paras 1,450 pada penutup semalam disokong oleh belian di kaunter perladangan dan berkaitan telekomunikasi.

Namun begitu, beliau menjangkakan sedikit halangan untuk bursa tempatan kerana pelabur akan tertumpu pada pergerakan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) lewat hari ini.

“Oleh itu, kami mengunjurkan indeks berlegar antara julat 1,440 hingga 1,460 hari ini kerana sentimen dilihat berhati-hati.

“Walaupun ramai menjangkakan BNM akan mengenakan kenaikan 25 mata asas, kami berpendapat saham teknologi akan bergerak tinggi dalam senarai jualan kerana pasaran serantau mungkin diseret ke zon negatif hari ini,” katanya.

-Advertisement-

MIDF Research dalam nota penyelidikannya pula berkata selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan November 2022, Rizab Persekutuan AS mengumumkan satu lagi kenaikan besar 75 mata asas, menjadikan kadar dananya lebih tinggi kepada kepada 3.75 hingga 4.00 peratus.

Sementara itu, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank, Digi dan IOI Corporation kesemuanya tidak berubah, masing-masing pada RM8.54, RM3.81 dan RM3.99.

Kedua-dua Public Bank dan Maxis turun 2.0 sen setiap satu kepada RM4.43 dan RM3.84, manakala CIMB naik 1.0 sen kepada RM5.50.

Antara saham aktif, Ta Win, Dolphin dan Bina Puri turun setengah sen kepada 8.5 sen, 2.5 sen dan 2.5 sen, manakala Advance dan Citaglobal tidak berubah, masing-masing pada 7.0 sen dan 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 34.64 mata kepada 10,262.80, FBM 70 lemah 41.63 mata menjadi 12,159.22, dan Indeks FBMT 100 kehilangan 34.29 mata kepada 9,996.56.

Indeks FBM Emas Syariah menguncup 47.07 mata kepada 10,320.60, manakala FBM ACE susut sebanyak 40.06 mata kepada 4,913.78.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 1.39 mata kepada 16,324.70, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.87 mata menjadi 173.95 dan Indeks Perladangan susut 50.44 mata kepada 6,786.25.

Sementara itu, Indeks Tenaga mengukuh 0.34 mata untuk mencapai paras 710.67.

– Bernama -BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC