Bursa Malaysia dibuka tinggi

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong minat belian terhadap saham tenaga didoorong sentimen pasaran serantau yang positif, kata peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 6.79 mata kepada 1,496.59 daripada 1,489.80 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 2.78 mata lebih tinggi kepada 1,492.58.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 164 berbanding 86 manakala 182 kaunter tidak berubah, 1,842 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 73.37 juta unit bernilai RM34.36 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup pada Isnin susulan cuti persekutuan Amerika Syarikat sempena Hari Pekerja, namun menjangkakan niaga hadapan indeks menunjukkan tiga indeks utama mengalami kenaikan semula selepas mengalami prestasi rendah pada Jumaat lepas.

Beliau berkata bagi bursa tempatan, sebahagian minat belian dalam saham tenaga boleh dilihat hari ini memandangkan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sekali gus mendorong harga minyak mentah Brent meningkat kepada hampir AS$96 setong.

“Sebaliknya, beberapa pengambilan untung ke atas saham perladangan mungkin muncul kerana inventori yang mencecah paras tertinggi dalam temph dua tahun boleh memberi tekanan kepada harga minyak sawit mentah (MSM),” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata secara keseluruhan, sentimen pasaran diunjurkan kekal berhati-hati ekoran kekurangan pemangkin yang jelas dan indeks dijangkakan berada dalam aliran berjulat 1,485 hingga 1,500 hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Dialog Group dan Public Bank masing-masing menokok dua sen kepada RM2.26 dan RM4.69, Maybank menambah empat sen kepada RM8.98, Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM8.87 dan CIMB naik tiga sen kepada RM5.51.

Bagi saham aktif, Vortex Consolidated, Jade Marvel dan Sapura Energy masing-masing kekal tidak berubah pada 16.5 sen, 29 sen dan 4.5 sen manakala South Malaysia Industries susut setengah sen kepada 25 sen dan Destini Bhd turun satu sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 42.16 mata kepada 10,595.93; Indeks FBMT 100 meningkat 42.64 mata kepada 10,350.67; FBM 70 menambah 34.42 mata kepada 12,624.90; Indeks FBM Emas Shariah menokok 38.26 mata kepada 10,634.20 namun FBM ACE susut 1.61 mata kepada 4,758.54.

Mengikut segi sektor, Indeks Perladangan menambah 35.27 mata kepada 7,036.85; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.51 kepada 180.78; Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 68.60 mata kepada 16,839.42 dan Indeks Tenaga menokok 8.92 mata kepada 709.65.

– Bernama -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279