WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31363) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka tinggi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada peningkatan semula semalaman Wall Street yang didorong oleh aktiviti jualan sebelumnya dalam kalangan pelabur yang bimbang akan kenaikan kadar, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.57 mata kepada 1,478.01 daripada 1,468.44 penutup Rabu.

Indeks utama itu dibuka 4.92 mata lebih tinggi kepada 1,473.36.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 188 berbanding 81, manakala 180 kaunter tidak berubah, 1,902 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 132.21 juta unit bernilai RM60.82 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran dijangka kekal tidak menentu, sekurang-kurangnya sehingga mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan minggu depan.

“Pelabur menunggu kejelasan lanjut daripada pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell mengenai keputusan kadar faedah. Pada masa ini, pasaran menjangkakan kenaikan kadar 75 mata asas.

-Advertisement-

Bagi komoditi, harga minyak mentah meningkat sehingga AS$94 setong, manakala minyak sawit mentah diniagakan melebihi RM3,800 satu tan, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB Bank masing-masing naik tujuh sen kepada RM8.92 dan RM5.46, Public Bank menambah empat sen menjadi RM4.48, IHH Healthcare meningkat 10 sen kepada RM6.30, manakala Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM8.65.

Bagi saham aktif, SNS Network Technology, Siab Holdings dan Yew Lee Pacific masing-masing mengukuh satu sen untuk mencatatkan harga 31 sen, 17.5 sen dan 26.5 sen, manakala kedua-dua Vinvest Capital Holdings dan NWP Holdings naik setengah sen kepada 20 sen dan 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 56.76 mata kepada 10,531.96, Indeks FBMT 100 menambah 58.19 mata menjadi 10,275.19, Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 38.11 mata kepada 10,630.90, Indeks FBM 70 meraih 38.83 mata kepada 12,747.00 sementara FBM ACE turun 12.32 mata kepada 4,832.58.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga mengukuh 10.30 mata menjadi 729.24, Indeks Perladangan menokok 5.47 mata kepada 6,950.51 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 129.71 mata kepada 16,613.76, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.19 mata kepada 181.56.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC