WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (29151) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia jatuh lagi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia jatuh lagi

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran penurunan pada sesi awal Selasa ketika pelabur kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran serta impak jualan ketara semalaman di Wall Street, kata peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 6.97 mata kepada 1,457.86.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 529 berbanding 63 manakala 216 kaunter lain tidak berubah, 1,455 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 355.69 juta unit bernilai RM239.99 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata aktiviti jualan di Wall Street terus meningkat susulan kebimbangan mengenai tindakan Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah lebih agresif menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu ini.

Di peringkat tempatan, beliau berkata FBM KLCI susut ke paras terendahnya dalam tempoh 52 minggu semalam berikutan penyusutan hampir 110 mata sejak akhir Mei lalu.

“Berikutan penjualan yang drastik di Wall Street, kami menjangkakan dagangan di bursa tempatan itu akan kekal berhati-hati pada hari ini.

-Advertisement-

“Oleh itu, kami mengunjurkan indeks itu berkemungkinan menguji paras 1,450 sebelum bermulanya aktiviti mendapatkan saham berharga rendah. Bagi hari ini, indeks itu dijangka bergerak dalam lingkungan 1,450-1,470,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun lima sen kepada RM8.68, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.48, Petronas Chemicals berkurangan 10 sen kepada RM9.56 manakala IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM6.22.

Bagi saham aktif, Unitrade susut enam sen kepada 26 sen, Dagang NeXchange turun dua sen kepada 88.5 sen, Yew Lee merosot setengah sen kepada 29 sen manakala Serba Dinamik dan Ta Win masing-masing kekal pada 10 sen dan 8.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 83.48 mata pada 10,393.72, Indeks FBM Emas Syariah susut 82.58 mata kepada 10,598.07, FBM 70 merosot 136.75 mata kepada 12,542.87, FBM ACE berkurangan 79.64 mata kepada 4,837.02 dan Indeks FBMT 100 menguncup 75.90 mata kepada 10,116.49.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 120.96 mata kepada 16,058.95, Indeks Perladangan turun 60.43 mata kepada 7,322.48 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.90 mata kepada 186.92.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC