Bursa Malaysia melonjak seiring prestasi baik Wall Street

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 31 Mar 2023 (The Capital Post): Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman.

-Advertisement-

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.76 mata kepada 1,427.37 daripada 1,424.61 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama pasaran itu dibuka 0.18 mata lebih tinggi kepada 1,424.79.

Lingkungan pasaran adalah positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 201 berbanding 87, manakala 214 kaunter tidak berubah, 1,774 kaunter tidak diniagakan dan 73 yang lain digantung.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street bergerak lebih tinggi dengan Dow meningkat 0.4 peratus, didorong oleh kenaikan yang dialami firma teknologi utama sekali gus mengimbangi kenyataan cenderung kepada kadar faedah tinggi daripada pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) berikutan pengetatan dasar monetari seterusnya.

Justeru, bursa tempatan dijangka mencatatkan peningkatan seterusnya, disokong oleh lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, yang mungkin menyaksikan pelaburan lebih lanjut muncul.

Firma pembrokeran itu juga menjangkakan aktiviti memperelok akaun akhir sukuan, dengan pelabur menumpukan perbankan, hartanah serta saham wajaran tinggi minyak dan gas.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, CelcomDigi naik empat sen kepada RM4.34; Tenaga Nasional menambah enam sen kepada RM9.24; MR DIY dan Sime Darby masing-masing meningkat dua sen kepada RM1.55 dan RM2.18 manakala Axiata dan Maxis masing-masing menokok tiga sen kepada RM3.04 dan RM4.13.

-Advertisement-

Bagi saham aktif, MyEG naik tiga sen kepada 76 sen, Pesona Metro menambah 2.5 sen kepada 28 sen, Saudee turun setengah sen kepada 3.5 sen, dan Meta Bright menokok satu sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.46 mata kepada 10,446.87; Indeks FBMT 100 menambah 22.57 mata kepada 10,141.85; dan Indeks FBM Emas Syariah naik 28.95 mata kepada 10,751.74.

Indeks FBM 70 menokok 42.37 mata kepada 13,524.01 dan Indeks FBM ACEmeningkat 10.52 mata lebih baik pada 5,213.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 18.43 mata kepada 15,748.31; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.05 mata kepada 171.59; Indeks Perladangan menambah 3.42 mata kepada 6,733.90 dan Indeks Tenaga naik 4.64 mata kepada 836.91.

-BERNAMA -BH

(The Capital Post)