Bursa meningkat pada sesi awal

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 9 Dec 2022 (The Capital Post) – Bursa Malaysia meningkat ketika memulakan dagangan hari ini dan bergerak menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lebih positif.

-Advertisement-

Pada 9.18 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) itu naik 4.78 mata kepada 1,470.71 daripada paras 1,465.93 pada akhir dagangan semalam.

Pasaran dibuka menokok 1.97 mata kepada 1,467.90.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 246 berbanding 143 manakala 267 kaunter lain tidak berubah, 1,599 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 485.12 juta unit bernilai RM142.49 juta.

Dalam pada itu, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata prestasi positif ekuiti AS dijangka turut mempengaruhi indeks petunjuk utama berada dalam jajaran 1,460-1,475, hari ini.

“Prestasi sektor pembinaan agak memberangsangkan sejak akhir-akhir ini yang boleh menjadi penggerak aliran perkembangan positif di masa depan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing naik satu sen kepada RM8.63 dan RM4.42; CIMB meraih dua sen kepada RM5.63; TNB menokok 15 sen kepada RM9.30 manakala IHH Healthcare meraih lima sen kepada RM5.90.

-Advertisement-

Selain itu, Digi, Hong Leong Bank dan Petronas Chemicals pula tidak berubah masing-masing pada RM3.85, RM20.44 dan RM8.40

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan MQ Technology menokok setengah sen kepada 4.5 sen dan 5.5 sen manakala Icon Offshore naik satu sen kepada sembilan sen, Infomina melonjak 11 sen kepada RM1.20, dan AHB Holdings, Yew Lee Pacific, Reservoir Link serta Ni Hsin tidak berubah pada 14 sen, 32 sen, 42 sen dan 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 33.08 mata kepada 10,557.69, Indeks FBMT 100 meningkat 32.55 mata kepada 10,261.20, Indeks FBM Emas Shariah naik 37.44 mata kepada 10,726.71, FBM 70 menambah 37.81 mata kepada 12,876.94 dan FBM ACE meningkat 26.51 mata kepada 5,528.53.

Bagi sektor pula, Indeks Perladangan naik 6.88 mata kepada 6,739.67, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.04 mata kepada 16,451.86, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian sebaliknya susut 0.08 mata kepada 180.35 manakala Indeks Tenaga turun 2.48 mata kepada 772.63.

– Bernama -BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279