CITF kena tambah baik program outreach vaksinasi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) perlu menambah baik Program ‘Outreach’ pemberian vaksin kepada penduduk luar bandar yang kurang mendapat sambutan ketika ini.

-Advertisement-

Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) yang mengambil contoh kawasan Parlimennya, berkata program terbabit terpalit dengan kekangan birokrasi sehingga menyukarkan pelaksanaan insiatif terbabit.

“Saya terbabit secara langsung program outreach vaksinasi membabitkan pekebun kecil, Orang Asli, peneroka FELDA dan semua kampung di kawasan saya. Namun keadaan yang kita lihat hari ini, pencapaiannya baharu 30 peratus.

-Advertisement-

“Maknanya program ini kurang mendapat sambutan kerana kekangan birokrasi oleh pegawai CITF di daerah itu sendiri sedangkan dalam kawasan Parlimen, kita sendiri yang tahu keadaannya,” katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.-BH