COVID-19: 11,985 kes baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini terus merekodkan lima angka dengan 11,985 kes dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 951,884 kes.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu COVID-19 hari ini dengan Selangor menjadi penyumbang utama sebanyak 5,550 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur dengan 1,174 kes baharu Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (600), Sabah (474), Melaka (453), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274) dan Sarawak (261).

-Advertisement-

Selain Terengganu merekodkan 171 kes, manakala Putrajaya (51), Labuan (35) dan Perlis (dua).-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279