WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24915) ORDER BY meta_id ASC

COVID-19 jejas sumbangan PKS kepada ekonomi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

COVID-19 jejas sumbangan PKS kepada ekonomi

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA: Krisis kesihatan yang berpanjangan disebabkan oleh pandemik COVID-19 mempengaruhi ekonomi Malaysia terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun lalu.

-Advertisement-

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang merangkumi pelbagai langkah membendung penularan COVID-19 juga menyebabkan penurunan prestasi semua sektor ekonomi, menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi PKS tahun lalu menyusut 7.3 peratus

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata KDNK bagi PKS tahun lalu susut lebih tinggi berbanding kemerosotan KDNK Malaysia dan KDNK bukan PKS yang masing-masing merosot 5.6 peratus dan 4.6 peratus.

Malah, katanya, ini adalah kali pertama prestasi KDNK bagi PKS lebih rendah berbanding KDNK Malaysia dan KDNK bukan PKS sejak 2004.

“Sumbangan KDNK PKS mengecil kepada 38.2 peratus pada 2020 dengan nilai ditambah sebanyak RM512.8 bilion berbanding 38.9 peratus atau RM553.5 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Uzir berkata, prestasi KDNK PKS mengikut aktiviti ekonomi

merekodkan pertumbuhan negatif bagi semua sektor pada tahun lalu.

Katanya, nilai ditambah PKS bagi sektor perkhidmatan menyusut 9.2 peratus pada 2020 daripada 7.5 peratus pada 2019.

-Advertisement-

“Kemerosotan momentum ini adalah disebabkan oleh penurunan bagi subsektor perdagangan borong & runcit, makanan & minuman serta penginapan yang mencatatkan kemerosotan 7.8 peratus.

“Subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan turut menyusut kepada 10.6 peratus,” katanya.

Mohd Uzir berkata, PKS bagi sektor pembinaan turut merosot 15.4 peratus, disumbangkan oleh kejatuhan dalam semua subsektor.

“Nilai ditambah PKS bagi sektor pembuatan susut 2.9 peratus dipengaruhi oleh produk mineral bukan logam, logam asas & produk logam yang direka yang mana merosot kepada 13.1 peratus.

“Bagaimanapun, produk petroleum, kimia, getah dan plastik dan produk makanan, minuman & tembakau masing-masing terus mencatatkan pertumbuhan positif iaitu 3.2 peratus dan 2.0 peratus,” katanya.

Mengenai kedudukan guna tenaga PKS pada 2020, beliau berkata, penurunan yang lebih besar dapat dilihat dalam sektor PKS berbanding pengurangan guna tenaga nasional, menunjukkan PKS lebih terkesan dengan pandemik. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC