WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30194) ORDER BY meta_id ASC

COVID-19: Kes baharu turun bawah 3,000, kali pertama sejak 24 Julai » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

COVID-19: Kes baharu turun bawah 3,000, kali pertama sejak 24 Julai

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini kembali menurun apabila sebanyak 2,783 kes baharu dilaporkan pada Ahad, berbanding 4,271 kes pada Sabtu.

-Advertisement-

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sembilan kes kematian baharu turut direkodkan dengan empat daripadanya adalah kematian membabitkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 pula mencatatkan sebanyak 45,306 kes, dengan 43,753 atau 96.6 peratus daripadanya adalah individu dikuarantin di rumah.

Seramai 22 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 1,477 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital dengan 54 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

-Advertisement-

Daripada jumlah itu, 32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 22 lagi memerlukan mesin ventilator.

Bagaimanapun, kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 4,482 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh dalam negara sebanyak 4,598,778 kes.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC