Dagangan Bursa Malaysia bermula rendah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal dagangan Rabu, seiring dengan pasaran serantau ketika sentimen pasaran diasak oleh penurunan semalaman Wall Street, risiko global seperti ketegangan China-Taiwan serta tekanan inflasi.

-Advertisement-

Pada 9.07 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.72 mata kepada 1,493.96 daripada 1,497.68 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 1.96 mata kepada 1,495.72.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 191 berbanding 90 manakala 207 kaunter lain tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 130.47 juta unit bernilai RM53.29 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata Wall Street susut pada akhir dagangan malam tadi berikutan sentimen yang kekal tidak menentu menjelang pengumuman data penting inflasi Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini.

Indeks Purata DJI susut sebanyak 58 mata manakala Nasdaq turun 150 mata ketika hasil Perbendaharaan 10 tahun AS sebaliknya meningkat kepada 2.78 peratus.

Menurutnya, di peringkat tempatan, FBM KLCI kembali kepada kedudukan tidak berubah apabila sentimen pasaran masih terus berhati-hati.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam jajaran kecil sekitar 1,490-1,500. Kami juga percaya terdapat beberapa tekanan jualan bagi saham teknologi susulan kemerosotan semalaman saham teknologi AS.

-Advertisement-

“Malah, ada kemungkinan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan lagi kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas (bps) dan Bank Negara Malaysia dijangka melaras semula Kadar Dasar Semalaman dengan menaikkan sekurang-kurangnya 25 bps,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank rugi dua sen kepada RM4.64, CIMB susut satu sen kepada RM5.28 dan Tenaga berkurangan empat sen kepada RM8.40 manakala IHH Healthcare dan Hong Leong Bank masing-masing tidak berubah pada RM6.40 dan RM20.88.

Maybank meningkat dua sen kepada RM8.91 manakala Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM8.80.

Bagi saham aktif, G3 Global turun setengah sen kepada 3.5 sen, Bintai Kinden berkurangan 9.5 sen, Top Glove rugi setengah sen kepada 98 sen, Dagang Nexchange dan SFP masing-masing turun 1.5 sen pada 87.5 sen dan 92.5 sen manakala Cypark meningkat 2.5 sen kepada 45 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 31.61 mata kepada 10,590.0, Indeks FBMT 100 berkurangan 31.64 mata kepada 10,339.51, Indeks FBM Emas Shariah susut 46.03 mata kepada 10,707.05, FBM 70 merosot 62.25 mata kepada 12,639.86 dan FBM ACE kehilangan 15.66 mata kepada 4,871.08.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 1.66 mata kepada 16,685.49, Indeks Tenaga turun 1.28 mata kepada 651.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.29 mata kepada 181.58 dan Indeks Perladangan menguncup 20.4 mata kepada 7,081.84.

-BERNAMA -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279