WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24484) ORDER BY meta_id ASC

Dakwaan temu janji melebihi jumlah vaksin disiasat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Dakwaan temu janji melebihi jumlah vaksin disiasat

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penambahan slot janji temu vaksinasi Covid-19 berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur.

-Advertisement-

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada petugas PPV berkenaan dan satu siasatan sedang dijalankan.

“Berdasarkan laporan polis yang diterima, petugas di PPV itu mendakwa wujud lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam sistem MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada PPV berkenaan.

“Polis kini dalam tindakan untuk mengambil keterangan daripada beberapa saksi berkaitan. Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

-Advertisement-

Mohd Kamaruddin berkata, selaras dengan usaha untuk memastikan program imunisasi Covid-19 berjaya, orang ramai dinasihatkan supaya memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk mensabotaj program yang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya.-METRO

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC