Dalam 12 hari, polis NS buat 119 serbuan rumah judi

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Dalam masa 12 hari, Polis Kontinjen Negeri Sembilan melakukan 119 serbuan membabitkan judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen di seluruh Negeri Sembilan.

-Advertisement-

Operasi bermula 20 September hingga 2 Oktober lalu itu juga menyaksikan seramai 124 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan berkenaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata fokus utama operasi untuk mencegah dan membanteras aktiviti perjudian di bawah Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

“Sasaran serbuan merangkumi semua premis yang terbabit dengan kegiatan perjudian. Bagi kesalahan judi dalam talian, sebanyak 43 serbuan dilaksanakan dan kami berjaya menahan 47 suspek serta rampasan wang tunai berjumlah RM704, bersama 46 telefon bimbit.

-Advertisement-

“Bagi kesalahan perjudian loteri awam tanpa lesen bagi tempoh sama, 76 serbuan dilaksanakan dan menahan 77 individu serta rampasan wang tunai berjumlah RM9,129,” katanya.

Tindakan susulan juga dilaksanakan seperti sekatan laman web berunsurkan perjudian, pemotongan elektrik dan pembatalan lesen premis.

– BeritaHarian