Kadar tukaran mata wang sebabkan hutang Azhar naik kepada RM97,410

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: “Kami tidak mampu lagi untuk menyediakan baki bayaran rawatan adik (Azhar Mohamad) lebih RM97,410 yang perlu dijelaskan kepada Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Korea Selatan,” kata Nora Mohamad, 45.

-Advertisement-

Menurutnya, kos keseluruhan perubatan RM280,000 dan sebanyak RM200,000 dilunaskan oleh ahli keluarga melalui dana sendiri dan sumbangan orang ramai.

Katanya, pada April dan Mei lalu lalu, pihak keluarga membayar RM55,000 daripada RM80,000 baki kos rawatan kepada hospital terbabit.

Sepatutnya baki cuma RM25,000 namun disebabkan kadar pertukaran mata wang Korea Selatan terlalu tinggi, ia menyebabkan kini baki bayaran yang perlu dibayar kini meningkat kepada lebih RM97,410.

“Kami sekeluarga bukan tidak berusaha untuk membayar baki bayaran perubatan Azhar tetapi disebabkan pertukaran mata wang Korea Selatan yang begitu tinggi menyebabkan baki bayaran terus meningkat dan terlalu membebankan.

“Saya dan adik-beradik lain kini buntu memikirkan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membayar baki kos perubatan, semakin lambat membayarnya semakin bertambah baki bayaran yang perlu dilunaskan,” katanya.

-Advertisement-

Dia sekeluarga bimbang tindakan undang-undang diambil pihak hospital kerana gagal menyelesaikan kos perubatan mengikut tarikh ditetapkan iaitu pada 17 Oktober ini.

Nora berkata, dengan baki bayaran lebih RM97,410, agak mustahil dia dan ahli keluarga dapat menyediakan jumlah itu memandangkan mereka bukan daripada keluarga berada.

Sebelum ini akhbar ini menyiarkan kisah Azhar, 38, yang berkerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Jincheon, Korea Selatan, ditemukan rakan dalam keadaan separa sedar di rumah sewanya di negara itu, selepas kena angin ahmar pada 31 Ogos 2021.

Selepas rawatan di negara itu, Azhar kemudian dibawa pulang ke Malaysia susulan bantuan dan sumbangan daripada pelbagai pihak.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373