Delegasi MTM Kunjungi TCI

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM 14 September 2026 (The Capital Post) – Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd. (TCI) menerima kunjungan delegasi Malaysia Transformer Manufacturing Sdn. Bhd. (MTM) yang diketuai Managing Director MTM, Pn. Norazlinda Binti Aziz Zuddin, pada 2 September lalu.

Kunjungan tersebut melibatkan seramai 12 Ketua Jabatan (HOD) MTM dan menjadi kunjungan sulung Pn. Norazlinda ke TCI. Lawatan berkenaan bertujuan membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik berkaitan pengurusan operasi dan usaha penambahbaikan prestasi organisasi.

Dalam sesi tersebut, delegasi MTM berpeluang mendapatkan pemahaman lebih dekat mengenai pendekatan TCI dalam mengurus operasi serta amalan kerja yang diterapkan dalam proses meningkatkan prestasi organisasi. Perkongsian itu turut menjadi rujukan kepada MTM dalam usaha memperkukuh keupayaan dan prestasi syarikat.

Delegasi turut dibawa meninjau kawasan operasi kilang bagi melihat sendiri proses pengeluaran kabel secara lebih terperinci. Lawatan berkenaan diketuai GM Pembuatan Kabel, En. Mohd Zaki Zakariah, termasuk tinjauan terhadap proses peleburan Aluminium Ingot yang merupakan antara peringkat awal penghasilan Aluminium Rod sebelum digunakan dalam proses pembuatan kabel.

-Advertisement-

Lawatan lapangan itu memberi peluang kepada kedua-dua organisasi untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan secara lebih praktikal, selain meningkatkan pemahaman terhadap keseluruhan proses pembuatan kabel.

Kunjungan tersebut turut dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara TCI dan MTM menerusi perkongsian pengetahuan serta amalan terbaik secara berterusan, sekali gus menyokong usaha kedua-dua organisasi meningkatkan keupayaan, prestasi dan kecemerlangan operasi melalui pembelajaran serta kolaborasi – The Capital Post