WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31020) ORDER BY meta_id ASC

Dolar AS cecah rekod tertinggi, ringgit menyusut » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Dolar AS cecah rekod tertinggi, ringgit menyusut

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan dolar AS mengukuh selepas data awal menunjukkan ekonominya masih berada di landasan dalam keadaan ketidaktentuan global, kata penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada 4.4820/4840 ketika ditutup pada Khamis.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Edward Moya, berkata dolar AS mencecah rekod tinggi baharu dalam aliran selamat disokong kelemahan ekonomi global.

Beliau berkata, prestrasi itu juga dicatatkan ketika ekonomi berdaya tahan AS memberi laluan untuk Rizab Persekutuan (Fed) kekal agresif bagi kadar faedahnya.

“Ekonomi AS masih kelihatan baik dan itu sewajarnya membolehkan Fed kekal agresif dengan pengetatan dasar dalam beberapa bulan akan datang,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, penurunan ringgit telah diredakan oleh kenaikan harga minyak mentah, apabila penanda aras minyak mentah Brent meningkat 1.28 peratus kepada ASS$93.54 setong semasa laporan ini dibuat.

-Advertisement-

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1987/2011 daripada 3.2028/2047 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding pound Britain kepada 5.1783/1818 daripada 5.1964/1987.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.4642/4672 daripada 4.4923/4943 pada Khamis, dan stabil berbanding yen Jepun kepada 3.2001/2027 daripada 3.2205/2222.

— BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC