Vaksinasi calon STPM disegerakan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KANGAR: Pemberian vaksin COVID-19 kepada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipercepat, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

-Advertisement-

“Mengikut perancangan kita, pelajar yang akan berhadapan dengan peperiksaan STPM akan disegerakan pemberian vaksin mereka,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan 2020, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mengeluarkan garis panduan untuk golongan yang berumur 18 tahun mendapatkan vaksinasi COVID-19.

-Advertisement-

“Walaupun tarikh lahir di kad pengenalan masih belum cukup 18 tahun tetapi dari segi tahun sudah berumur 18 tahun, mereka akan menerima vaksin dengan syarat mendapat kebenaran daripada ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 80,780 orang atau 31 peratus rakyat Perlis menerima vaksin dos pertama, manakala 57,628 orang lagi selesai menerima dos kedua, iaitu 22 peratus.–BERNAMA