Guru mesti diutamakan dalam program vaksin Covid-19, kata Ahli Parlimen

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan guru antara kumpulan keutamaan bagi program imunisasi Covid-19.

-Advertisement-

Bekas timbalan menteri pendidikan itu berkata, sejak sekolah dibuka semula pada Januari, terdapat beberapa insiden guru dilaporkan positif Covid-19.

“Ini menimbulkan banyak persoalan keselamatan. Ibu bapa perlu diyakini langkah-langkah yang sesuai diambil bagi melindungi anak mereka sebelum dibenarkan kembali ke sekolah,” katanya dalam kenyataan.

“Guru mesti diutamakan supaya mereka kekal selamat.”

Teo berkata, Unicef turut menyeru supaya guru diutamakan dalam menerima vaksin Covid-19, selepas petugas kesihatan dan golongan berisiko tinggi.

Katanya, menteri pendidikan di Britain dan Ireland Utara menyokong supaya guru diutamakan untuk menerima vaksin.

“Tetapi di Malaysia, KPM masih tercari-cari untuk menjadi suara kepada guru. Saya gesa menteri tonjolkan kepemimpinan, dan kerajaan memulakan langkah pemulihan yang berkesan,” katanya.

-Advertisement-

Teo berkata, ketika penutupan sekolah untuk pelajar bukan peperiksaan tidak dapat dielakkan, ia mempunyai banyak kesan.

Katanya, impak itu akan dirasai bukan saja melalui hilangnya waktu belajar, tetapi juga kurangnya perlindungan terhadap institusi yang ditawarkan sekolah, seperti program makanan untuk pelajar keluarga berpendapatan B40, sokongan untuk kanak-kanak Orang Asli, dan “kestabilan” yang ditawarkan sekolah untuk kanak-kanak dan ibu bapa.

Namun, katanya, selepas melaksanakan pembelajaran di rumah selama hampir setahun, ia masih di bawah par.

“Sehingga hari ini, tiga isu kritikal yang akan menentukan kualiti pembelajaran di rumah, – akses ke gajet atau peranti yang sesuai, sambungan internet dan jalur lebar, dan kandungan yang mencukupi untuk TV pendidikan – sebahagian besarnya masih belum ditangani dan kurang,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373