Haqiem Rusli tidak mahu melatah dikatakan sudah sendu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Haqiem Rusli, 28, menyifatkan fasa pasang surut adalah perkara biasa yang perlu dilalui dalam karier seninya.

Haqiem berkata, setiap penyanyi juga perlu ada lagu yang hits untuk kekal relevan dalam industri seni tanah air.

“Sebagai contoh, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada lagu hits pada setiap tahun. Ia menjadi ‘reference’ (rujukan) buat penyanyi muda seperti saya untuk lakukan perkara yang sama.
“Cuma nak cari lagu yang hits itu kita tak tahu,” katanya berkata demikian ketika ditemui di majlis pembukaan kafe miliknya O2 Cafe di Wangsa Maju, di sini.

Mengulas lanjut, kata Haqiem, dia juga tidak boleh meramalkan setiap lagu yang dihasilkannya akan menjadi hits seperti diharapkan peminat.

“Memang saya buat lagu, tapi kita tak boleh ramalkan lagu yang dihasilkan itu boleh cecah 30 juta tontonan dan sebagainya.

“Jadi, kalau lagu itu jadi hits, jadilah. Contoh, dalam lima lagu yang dilancarkan mungkin hanya satu lagu yang hits dan yang lain ‘lebur’. Itulah ‘struggle’ yang perlu dilalui sebagai pemuzik,” katanya.

-Advertisement-

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap dirinya sudah ‘sendu’ ketika ini, kata Haqiem, dia tidak mahu cepat melatah dengan tanggapan sedemikian.

“Saya akui ada dengar dakwaan seperti itu. Ada juga segelintir pihak yang mengatakan sama ada Haqiem Rusli masih ada lagi ke tak dalam industri seni?

“Sebagai contoh, sebelum saya muncul dengan lagu Sangkar Derita, dua tahun lalu, ada orang cakap sHaqiem Rusli tak ada lagu hits? Sudah ‘sendu’ ke?

“Tapi, bila saya muncul semula dengan lagu hits, Sangkar Derita, baharulah mereka cakap, saya masih ada lagi dalam industri seni,” katanya.

-BeritaHarian