Harga tinggi, syarikat minyak dijangka terus berbelanja besar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dijangka mengekalkan pelan perbelanjaan modal dan operasi dengan unjuran harga komoditi itu mencatatkan paras purata melebihi AS$80 setong untuk tiga tahun akan datang, demikian menurut RHB Investment Bank.

-Advertisement-

Bank pelaburan itu berkata, ia masih positif terhadap syarikat perkhidmatan huluan minyak dan gas memandangkan tahap aktiviti yang tinggi dengan kegiatan penggerudian dibayangkan akan terus kukuh, begitu juga dengan aktiviti penyelenggaraan.

“Kami tetap meramalkan prestasi pemain apungan, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) meningkat kerana permintaan mantap dan perolehan bertahan,” katanya dalam satu nota yang ditulis oleh penganalisis, Sean Lim dan Athipu Visavaveja.

-Advertisement-

RHB Investment Bank berkata, kenaikan harga minyak baru-baru ini rata-ratanya didorong oleh tindakan Arab Saudi dan Russia yang memanjangkan langkah pemotongan keluaran minyak mereka secara sukarela sehingga akhir tahun ini, dan diburukkan lagi oleh inventori minyak yang rendah di serata dunia kepada 13 bulan pada Ogos.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373