Najmi anggap gawang bocor ‘rahmat’ sebelum jumpa Korea, China

Estimate Reading Time: < 1 minute

HANGZHOU: ‘Bocor’ tiga gol dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan seharusnya dianggap sebagai ‘rahmat’ buat skuad hoki lelaki negara menjelang pertemuan menentang Korea Selatan di Sukan Asia 2022, esok.

-Advertisement-

Tonggak Malaysian Tigers, Mohamad Najmi Farizal Jazlan mengakui situasi itu bukanlah satu masalah buat mereka memandangkan ia memberi peluang untuk skuad hoki negara memperbaiki kekurangan yang ada untuk menghadapi aksi seterusnya.

“Kami ada rakaman video dan boleh tengok balik apa kesalahan yang kami buat.

“Jadi kami tahu di mana silapnya dan sudah tentu ia satu pengajaran yang bagus untuk kami bangkit semula menentang Korea Selatan dan China,” katanya.

Dalam masa sama, pemain berusia 28 tahun itu menegaskan rakan sepasukannya perlu meningkatkan lagi persembahan mereka bagi memastikan misi mereka memburu pingat emas berjalan lancar.

-Advertisement-

“Kami perlu tingkatkan prestasi masing-masing kerana kalau prestasi semua meningkat, secara tidak langsung prestasi pasukan turut melonjak.

“Saya juga belum berpuas hati dengan prestasi saya. Kami perlu lebih bersemangat dan berdisiplin,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia masih mengekalkan rekod sempurna dalam tiga perlawanan hasil menundukkan Thailand (9-0), Oman (11-1) dan Indonesia (9-2).
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373