Hasil khidmat pos, penghantaran ‘melonjak’ ketika pandemik COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Hasil perkhidmatan pos dan penghantaran “melonjak” ketika pandemik COVID-19 kerana peniaga secara aktif menggunakan platform digital.

-Advertisement-

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin dalam Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia Siri 8/200 berkata, penjarakan fizikal menyebabkan perniagaan beralih kepada penyelesaian digital bagi menjamin kelangsungan perniagaan, yang dicerminkan melalui peningkatan pembelian dalam talian, khususnya menerusi media sosial.

“Perniagaan dalam talian menyumbang kepada penggunaan telekomunikasi lebih tinggi apabila peniaga secara aktif menggunakan platform digital. Ini secara langsung melonjakkan hasil dalam perkhidmatan pos dan penghantaran,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, perkembangan platform dalam talian yang menawarkan perkhidmatan pembayaran, penghantaran makanan, dan pendidikan dalam talian bukan sahaja memenuhi keperluan asas masyarakat, malah memenuhi keperluan syarikat.

-Advertisement-

“Usahawan yang terlibat dalam sektor informal seperti menjual makanan, pakaian dan barangan kraftangan memanfaatkan platform ini secara kreatif melalui media sosial yang menyumbang kepada pertumbuhan ketara aktiviti ini,” katanya.

Walaupun kerajaan persekutuan memperuntukkan bantuan kepada usahawan dalam sektor informal, Uzir menggesa pendekatan yang lebih proaktif untuk kelangsungan golongan itu.

“Bagaimanapun, ekonomi Malaysia dijangka terus berada di landasan pemulihan pada bulan-bulan terawal tahun 2021 seperti yang ditunjukkan oleh Indeks Pelopor (IP) Oktober 2020,” katanya. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373