Henderson bakal sertai Ajax

Estimate Reading Time: < 1 minute

DAMMAM, Arab Saudi: Jordan Henderson tidak menerima gaji sejak perpindahan lumayannya ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq pada musim panas lalu.

-Advertisement-

Bekas kapten Liverpool berusia 33 tahun itu kini di Eropah dalam usahanya menyertai kelab Belanda, Ajax.

Dia mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak bernilai 700,000 pound (RM4.14 juta) seminggu bersama kelab Liga Pro Saudi itu.

Pemain England itu membuat 19 penampilan sepanjang enam bulan bersama kelab kendalian Steven Gerrard, tetapi tidak dibayar sesen pun.

Henderson, yang mengumpul 81 kap bersama England, tidak mengambil gaji kerana mahu menyertai skuad kendalian Gareth Southgate tanpa sekatan status pembayar cukai United Kingdom.

-Advertisement-

Henderson dijangka menyertai kelab gergasi Eredivisie dengan gaji 90,000 euro (RM455,671) seminggu – gaji tertinggi di Ajax.

– AGENSI

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373