Martial terpaksa berlatih berasingan

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Anthony Martial diarah berlatih sendirian bagi meningkatkan tahap kecergasannya sebelum Erik ten Hag menyenaraikannya kembali ke dalam skuad Manchester United.

-Advertisement-

Martial tidak berlatih dengan rakan sepasukan sejak jatuh sakit bulan lalu, yang menghalang pemain Perancis itu daripada beraksi untuk United sejak kekalahan 3-0 kepada Bournemouth di laman sendiri pada 9 Disember.

Pengendali United, Ten Hag berkata, Martial tidak berada pada tahap kecergasan memuaskan untuk diturunkan ketika seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur hujung minggu lalu.

Difahamkan pemain 28 tahun itu tidak mempunyai sebarang kecederaan, cuma belum cukup cergas selepas jatuh sakit bulan lalu.

Arahan untuk dia berlatih bersendirian bukanlah hukuman disiplin, tetapi cara Ten Hag memastikan pemain kembali cergas dengan latihan secara berasingan.

Martial dianggap belum cukup bersedia untuk menyertai rakan sepasukan dalam sesi latihan intensif ditekankan Ten Hag ke atas anak buahnya.

-Advertisement-

Beberapa pemain United dijangkiti kuman bulan lalu. Marcus Rashford terlepas aksi terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich selepas diserang Norovirus, tetapi kembali bermain beberapa hari kemudian dalam keputusan seri tanpa jaringan menentang Liverpool.

Latihan individu untuk pemain-pemain yang baru pulih adalah amalan biasa di United, tetapi tempoh diambil Martial untuk kembali bersama skuad menimbulkan tanda tanya.

Kontrak Martial di Old Trafford akan berakhir hujung musim ini dan dia dijangka meninggalkan United secara percuma selepas tidak ditawarkan kontrak baharu.

– AGENSI

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373