WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32535) ORDER BY meta_id ASC

Imej baharu Harimau Malaya » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Imej baharu Harimau Malaya

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 17 Nov 2022(The Capital Post): Skuad bola sepak kebangsaan bakal tampil dengan imej berbeza selepas jersi terbaharu Harimau Malaya edisi 2022-2024 secara rasmi diperkenalkan, hari ini.

-Advertisement-

Jersi dari jenama Nike itu bertemakan ‘Demi Lencana Di Dada’ iaitu semangat juang bermain untuk negara mengatasi segalanya.

Jersi utama atau jersi ‘home’ edisi kali ini kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar bulatnya berwarna hitam manakala jersi kedua atau jersi ‘away’ juga terus dikekalkan warna hitam sebagai warna dominan.

Majlis pelancaran kedua-dua jersi itu berlangsung di Football Republic Sunway Pyramid, Selangor dengan disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin menjelaskan, jersi ‘home’ kali ini memang reka bentuknya akan dinilai oleh peminat bola sepak negara sebagai terlalu ringkas, namun ia sebenarnya membawa maksudnya yang tersendiri.

“Kalau jersi ‘home’ kita sebelum ini berkolar dan mempunyai sedikit warna hitam di lengan dan bahagian sisi, jersi ‘home’ kali ini tampil lebih unik sebenarnya apabila keseluruhan jersi berwarna kuning dan hanya di bahagian kolar bulatnya sahaja berwarna hitam.

“Inilah sebenarnya naratif yang cuba disampaikan iaitu segala fokus pada jersi ‘home’ kali ini bukan kepada corak atau reka bentuknya tetapi tertumpu kepada sifat eksklusif logo FAM itu sendiri untuk membawa mesej mereka (pemain) bermain ‘Demi Lencana Di Dada’.

“Bagi jersi ‘away’ pula, sama seperti edisi 2020-2022 apabila warna hitam sebagai warna dominan mula diperkenalkan, ia dikekalkan sebagai warna jersi ‘away’ kali ini kerana kita mahu warna tradisi hitam dan kuning sentiasa ada biarpun pada jersi kedua.

-Advertisement-

“Terima kasih kepada Nike yang tetap setia bersama FAM dan Harimau Malaya sepanjang tempoh lebih 15 tahun ini (sejak 2007) yang mana sudah tentu jersi edisi 2022-2024 ini akan tinggi nilainya kerana ia bakal ‘beraksi’ di pentas Piala Asia 2023,” kata Hamidin.

Aura jersi baharu Harimau Malaya itu akan mula dirasai apabila skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon turun dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember ini.

Seterusnya, jersi itu akan digunakan di pentas Piala AFF 2022 pada Disember ini dan Piala Asia 2023 di Qatar serta perlawanan antarabangsa yang lain.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Nike Asia Tenggara dan India, Chris Madsen berkata, Nike amat berbesar hati kerana dapat terus bersama FAM dan Harimau Malaya yang mana ini merupakan jersi edisi kesembilan jenama itu bersama pasukan kebangsaan Malaysia bermula dari tahun 2007.

Jersi baharu Harimau Malaya sudah boleh didapati mulai, hari ini secara eksklusif di Football Republic Sunway Pyramid dan secara dalam talian di www.nike.com/my dan Nike App dengan jersi ‘home’ dan ‘away’ masing-masing dijual pada harga RM299 sehelai.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC