Indonesia cadang beri visa percuma pelancong 20 negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

JAKARTA: Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif mengesyorkan kerajaan memberikan visa masuk percuma kepada pengembara dari 20 negara sebagai usaha meningkatkan kunjungan pelancong, sekali gus membawa kesan berganda kepada ekonomi.

-Advertisement-

“Kementerian mencadangkan 20 negara dengan jumlah pelancong asing tertinggi, kecuali bagi mereka yang mempunyai pengecualian visa sedia ada,” kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Salahuddin Uno di sini semalam.

Dua puluh negara itu termasuk Australia, China, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Belanda, Jepun, Russia, Taiwan, New Zealand, Itali, Sepanyol dan dua negara Asia Barat yang namanya tidak didedahkan.

Uno berkata, pemberian visa masuk percuma ke 20 negara itu dijangka meningkatkan kunjungan pelancong asing, yang akan menjana kesan berganda, meningkatkan penggunaan domestik, menarik pelaburan dan menyokong pembangunan ekonomi digital.

-Advertisement-

“Kami menyasarkan pelancong yang berkualiti, terutamanya mereka yang tinggal lebih lama dan perbelanjaan yang lebih tinggi dalam ekonomi tempatan,” katanya yang dilaporkan ANTARA.

Katanya, cadangan visa masuk percuma itu sudah dikemukakan kepada Presiden Joko Widodo.

“Kami akan memuktamadkan cadangan itu bulan depan dan mendapatkan arahan Presiden. Setelah diluluskan, jabatan imigresen akan melaksanakan dasar itu,” kata Uno.

Selaras cadangan itu, Kementerian Perusahaan Milik Negara (SOE) juga mengesyorkan 13 lapangan terbang keutamaan untuk menempatkan pelancong asing.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427