Ismail Sabri sambung belajar di UUM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob memaklumkan kembali bergelar mahasiswa apabila menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

-Advertisement-

Dalam hantaran di media sosial, bekas Naib Presiden UMNO itu memaklumkan, sudah menerima kad pelajarnya.

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar. Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar.

“Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” katanya.
Ismail, 64 adalah graduan jurusan undang-undang di Universiti Malaya kemudian menjadi peguam pada 1985 sebelum menceburi arena politik dua tahun selepas itu.

Difahamkan, bekas pegawai kanannya, Kamarul Zaman Yusoff yang juga pensyarah kanan universiti itu akan menjadi penasihat tesisnya.

Beliau akan menyediakan tesis berkenaan tindakan yang diambil negara dalam menangani wabak COVID-19 dan sudah membentangkan cadangan penyelidikan untuk ijazah doktor falsafahnya (PHD).

“Tesis saya mengenai tindakan Malaysia dalam memerangi COVID-19.

“Malaysia diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai antara negara yang terbaik dalam memerangi COVID-19,” katanya.

-Advertisement-

Ismail berkata, tiada satu pun negara yang boleh dijadikan contoh dalam pengurusan wabak itu kerana ia kali pertama melanda dunia.

“Saya berharap dunia dapat melihat bagaimana pengalaman dan tindakan Malaysia memerangi COVID-19,” katanya lagi.

Perkongsian Ismail Sabri itu mendapat maklum balas positif netizen dengan rata-ratanya kagum dan mengucapkan tahniah kerana menyambung pengajian.

“Tahniah Datuk Seri. Pembelajaran tiada had, dari buaian hingga ke liang lahad. You really walked the talk’ (cakap serupa bikin).

“Semoga Datuk Seri akan terus berjaya dalam karier sebagai ahli politik,” tulis pengguna IG dikenali sayaencikahmad.

“Semoga berjaya Datuk Seri. Bangga kad matrik kita sama,” katanya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373