KUALA LUMPUR 2 Julai 2026 (The Capital Post) – Isu pencemaran alam sekitar yang dikaitkan dengan aktiviti penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat dijangka menjadi tumpuan perbahasan di Parlimen hari ini apabila satu soalan berkaitan dikemukakan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Soalan berkenaan meminta penjelasan kerajaan mengenai tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap pengusaha ladang ternakan yang didakwa menyebabkan pencemaran saliran air, gangguan bau serta ketidakselesaan kepada penduduk setempat di kawasan berkenaan.
Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada usaha pemulihan alam sekitar, khususnya langkah menangani pencemaran sungai dan kawasan pantai yang dilaporkan terjejas akibat aktiviti berkenaan.
-Advertisement-
Perkara tersebut dibangkitkan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang di Selangor melalui satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, dengan harapan agar tindakan yang lebih tegas dan menyeluruh dapat diambil demi kesejahteraan penduduk serta kelestarian alam sekitar.
Isu ini dijangka menarik perhatian memandangkan ia melibatkan aspek kesihatan awam, kelestarian ekosistem serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar. – The Capital Post