Jangkitan baharu 7,289 kes hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 7,289 kes baharu Covid-19 direkodkan haru ini.

-Advertisement-

Ini adalah angka jangkitan tertinggi sejak pandemik dan ketika Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bermula hari ini hingga 7 Jun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter hari ini menggesa orang ramai bersedia menghadapi gelombang Covid-19 terburuk.

“Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan terburuk. Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan,” rayu beliau.

-Advertisement-

Semalam, Malaysia merekodkan 6,509 kes harian baharu dengan jumlah kematian tertinggi iaitu 61 kes.

Berikut laporan pada 25 Mei 2021: Jumlah kes baharu 7,289 kes.

Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,642 kes
Sabah : 266 kes
Johor : 664 kes
WPKL : 604 kes
Sarawak : 513 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kelantan : 425 kes
Perak : 218 kes
Kedah : 336 kes
Melaka : 258 kes
Pahang : 211 kes
Terengganu : 268 kes
WP Labuan : 63 kes
WP Putrajaya : 23 kes
Perlis : 8 kes