KUALA LUMPUR, 18 Sep -Bank of Japan bagi pihak Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia (BNM) memeterai perjanjian Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) kedua yang bernilai sehingga US$3 bilion bagi kedua-dua negara.
BSA tersebut membolehkan kedua-dua negara bertukar mata wang masing-masing (yen Jepun dan ringgit) bagi dolar Amerika Syarikat, demikian menurut kenyataan BNM hari ini.
“Pengaturan itu akan menyediakan sehingga US$3 bilion untuk kedua-dua negara,” kata BNM.
BSA itu turut memaparkan kerjasama kewangan dua hala berterusan antara Jepun dan Malaysia yang akan memberi sumbangan dari segi kestabilan pasaran kewangan.
-Advertisement-
Pada masa sama, ia akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan dagangan kedua-dua negara tersebut.
-BERNAMA