WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31536) ORDER BY meta_id ASC

Kadar inflasi Malaysia terus meningkat kepada 4.7 peratus » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kadar inflasi Malaysia terus meningkat kepada 4.7 peratus

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi Malaysia pada bulan Ogos meningkat kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai, berikutan fenomena global yang turut dialami oleh kebanyakan negara disebabkan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.

-Advertisement-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pada bulan lalu, kumpulan makanan & minuman bukan alkohol meningkat sebanyak 7.2 peratus.

Kenaikan ini, katanya didorong oleh komponen makanan di luar rumah yang meningkat sebanyak 8.4 peratus manakala makanan di rumah meningkat sebanyak 6.4 peratus.

“Bagaimanapun, masih terdapat beberapa barangan makanan yang mencatatkan penurunan harga berbanding bulan Julai 2022 seperti ayam (-3.8 peratus), ikan siakap (-2.4 peratus) dan sayur-sayuran seperti timun (-4.6 peratus), kacang buncis (-3.6 peratus) dan kubis bulat (-2.6 peratus),” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapa berkata, kadar inflasi Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia.

Beliau menambah, inflasi pada bulan Ogos 2022 di zon Euro adalah sebanyak 9.1 peratus, Amerika Syarikat (8.3 peratus), Thailand (7.9 peratus), Filipina (6.3 peratus) dan Korea Selatan (5.7 peratus).

“Kadar inflasi yang lebih rendah di Malaysia adalah hasil daripada langkah lerajaan Keluarga Malaysia untuk menyediakan subsidi yang terbesar dalam sejarah negara,” katanya.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kadar inflasi negara meningkat 3.1 peratus, masih selari dengan jangkaan pasaran untuk kadar inflasi sebanyak 3.2 peratus bagi 2022.

Ini didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, harga komoditi yang masih berada pada tahap yang tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global.

Mustapa berkata, lerajaan melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah mengambil

langkah dan inisiatif untuk membendung inflasi serta memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, antara langkah yang terkini diambil termasuklah meneruskan kawalan harga ayam dan telur ayam serta pemberian subsidi penternakan yang dianggar sebanyak RM1.1 bilion dan meneruskan

-Advertisement-

kawalan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol satu, dua, tiga dan lima kilogram secara harga siling bergerak berdasarkan harga minyak sawit mentah dunia.

Kerajaan juga, katanya meneruskan kawalan harga bagi komoditi seperti beras dan gula putih

bertapis walaupun harga komoditi itu serta harga gas asli adalah antara faktor kos utama dalam input pengeluaran meningkat.

“Meneruskan pemberian subsidi bahan api dan tenaga kepada produk petroleum iaitu RON95, diesel dan gas cecair asli dengan jumlah subsidi lebih RM31 bilion. Kerajaan turut memberi subsidi tarif elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi mengawal kenaikan tarif elektrik walaupun harga bahan api dan gas dunia meningkat.

“Meneruskan subsidi minyak masak paket satu kilogram pada kadar RM2.50 berbanding harga sebenar satu kilogram sebanyak RM7 hingga RM9 serta memperluaskan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) kepada semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebanyak 512 DUN atau 80.1 peratus daripada 639 DUN telah bermula PJMKM sejak pertengahan Ogos 2022. Keluarga Malaysia boleh mendapatkan barangan sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat. Harga yang murah ini adalah manfaat secara langsung subsidi harga membabitkan peruntukan RM100 juta,” katanya.

Di samping itu, Mustapa berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada memperkukuhkan sekuriti makanan negara.

“Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

akan melaksanakan kajian untuk mengenal pasti langkah-langkah ‘quick wins’ dalam menangani isu dan cabaran sekuriti makanan negara.

“Kajian ini dijangka akan selesai dalam masa tiga bulan,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC